Monday, April 5, 2010
APA NAK JADI NI???
Tiap-tiap kali pilihanraya kecil kita semua mesti dapat melihat parti pembangkang menggunakan kanak-kanak sebagai senjata untuk menentang BN.. Kerana apa? Kerana mereka tahu mereka boleh gunakan kanak2 sebagai senjata untuk menentang sebab BN tidak akan mengapakan kanak2.. Tp di mana nilai dan pemikiran mereka dr parti pembangkang yang tidak sikit pun memikirkan perihal kanak2 ini yang masih lg dlm persekolahan? Apa parti sebegini kah yang tuan2 dan puan2 mahu untuk mentadbir negara?? Belum dapat tadbir lg pun , pemikiran anak2 sudah diracuni dgn aktiviti yg tidak sihat apakan jd klu negara ditadbir mereka?? Bayangkanlah tuan2 dan puan skalian.. Apa kita mahu anak2 atau pewaris kita kelak hanya jd tukang sorak dikala pilihanraya ??? Ataupun kita mahu anak2 kita menjadi lawyer atau menjadi calon pada pilihanraya kelak?? Semua itu di tangan tuan2 dan puan2... Parti Pembangkang tidak pernah memikirkan perkara ini, mereka peduli apa nak jd dgn anak kita nt bukan masalah mereka kan?? Tolonglah kali ini jgn silap pilihan lg, klu tidk kita merana nt melihat anak2 kita menjadi anak tiri di bumi sendiri dan tiada nilai diri.Parti sebegini tidak pernah mempeduli tentang nasib rakyat, hanya berfikir cari jalan sanggup wat apa saja asal dapat jd perdana menteri x kira jalan salah atau tak suci. Asalkan puas niat dihati lantak lah negara nak tergadai sekali!!!! Tak kan ada Parti lain selain Parti BN yang menjamin masa depan anak2 kita kelak!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment